followers

busuk.org

Rabu, 8 Ogos 2012

Perogol guna Facebook berdepan hukuman penjara

As'salam..


Laporan kosmo

SINGAPURA - Seorang perogol bersiri yang menemui mangsa-mangsanya dengan menggunakan aplikasi temu janji Facebook berdepan dengan hukuman penjara selama 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Perogol itu, Azuar Ahamad, 41, mengaku bersalah kelmarin kerana merogol tiga wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.
Pihak pendakwa raya meminta bekas eksekutif di sebuah syarikat logistik itu dihukum penjara selama 45 tahun.
Dia juga boleh disebat atau didenda bagi setiap kesalahan tersebut.
Azuar dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapati dia merakamkan perbuatannya dengan menggunakan telefon bimbit. - AFP
kepada rakan-rakan diluar sana.., nasihat gua,korang berhati-hatilah ye,jangan mudah mempercayai orang yang kita tak kenal.. terutama di laman-laman sosial seperti facebook,tweeter atau sebagainya.. 
kepada si pelaku kat atas ni, bertaubatlah dan mohonla ampun pada tuhan sebelum terlambat..sesungguhnya Allah itu maha pengampun

1 ulasan:

Unknown berkata...

macam2 cara dan taktik orang nak buat jenayah