As'salam
Selepas kegagalan Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara, segalanya mungkin sudah berakhir, harapan jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan emas pertama kini tampak sukar untuk direalisasikan. Namun harapan itu sebenarnya belum berkubur kerana kita masih memiliki peluang dan ini adalah satu-satunya peluang terakhir buat kontinjen negara kita yang sedang meneruskan perjuangan di bumi London.
Tanggungjawab membawa pulang emas sulung negara dalam temasya Olimpik kini digalas oleh jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang. mungkin ramai yang tidak meletakkan harapan kepada anak muda dari Terengganu ini sebagaimana harapan yang diberikan kepada Chong Wei. namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil, berbekalkan pengalaman yang luas serta peningkatan beliau sejak akhir-akhir ini, gua percaya akan kemampuan beliau dalam apa yang disifatkan sebagai 'misi mustahil' ini.
Azizulhasni bakal turun membawa cabaran Malaysia menerusi acara keirin yang juga acara kegemarannya di Velodrom Olimpik hari ini. dan sesuatu yang anda harus tahu bahawa pelumba yang terkenal dengan jolokan
The Pocketrocketman ini sememangnya mempunyai 'senjata' tersendiri. kelebihannya membuat pecutan sebelum garisan penamat memang sudah diakui dan dihormati lawan.
Apa yang kita harapkan semoga Azizulhasni berjaya menebus kekecewaan yang pada gua masih lagi dirasai selepas kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan tempoh hari. dan percayalah, tiada yang mustahil untuk dilaksanakan. Ayuh rakyat Malaysia!, bangun dan semarakkan semangat anda, berdoalah semoga misi emas kita berjaya!! Malaysia Boleh ! Azizulhasni Awang Boleh!!
p/s semangat bkobar2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan