followers

busuk.org

Ahad, 6 Mei 2012

Kubur Osama Laden Ditemui?



Seorang pencari harta karun warga warga Amerika Syarikat (AS), Bill Warren, 60, percaya bahawa dia telah menemui lokasi sebenar jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden berada.

Warren yang mempunyai pengalaman mencari lebih 200 bangkai kapal kini cuba untuk mengumpulkan dana berjumlah kira-kira AS$200,000 (RM609,000) untuk misi mencari beg didakwa mengandungi jenazah Osama di sebuah kawasan di Laut Arab Utara.

Dia nekad untuk melakukan misi tersebut selepas mengkaji imej satelit yang diberikan 
oleh sumber rahsianya di Pentagaon.
Menurutnya, beg jenazah Osama turut diletakkan pemberat supaya kedudukannya di dalam dasar laut tidak berubah. 

Jasad Osama Laden dibuang ke laut dengan kejam oleh Amerika dan sekutunya 
selepas mereka berjaya menemui tempat persembunyian osama lalu melancarkan satu operasi khas
untuk membunuhnya.

Sebelum ini, AS gagal mengemukakan bukti kematian Osama dan enggan mendedahkan lokasi jenazah pemimpin Al-Qaeda itu dibuang kerana khuatir kononnya ia akan menjadi tempat pemujaan penyokongnya.



p/s nampak sangat  AS menipu

Tiada ulasan: