followers

busuk.org

Sabtu, 5 Mei 2012

Ajaran sesat: Umat Islam dinasihati berhati-hati

MUAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang mendakwa pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat lima waktu.

Kadi Daerah Ledang Sulaiman Maidin mendedahkan ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Ahmad 100' sedang bergerak aktif di Selangor dan kini sedang merebak ke negeri Melaka.

Menurut Sulaiman, pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga di samping turut meminta lelaki yang ingin menyertai ajaran itu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya.

"Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi," katanya.

Beliau berkata ajaran itu berkembang kerana sikap sesetengah umat Islam sendiri yang tidak mahu mendalami agama Islam, termasuk membaca Al-Quran walaupun jabatan agama menyediakan guru di masjid-masjid. - Bernama


Sumber&Kredit: SH


3 ulasan:

dear yayah berkata...

huh, sape2 y ikut mmg xpnh blaja agama ke? nmpk sgt sesat ni.. ish3.. minta dijauhkan

Siti Hajar Noh berkata...

hmm..dunia akhir zaman. mcm ni lah

Unknown berkata...

bhati2 la ye.. :)