As'salam..
Teringat 'amukan' kelantan mlm td....puas hati gua tgk lions xii kecundang dgn jaringan besar haha..
eh! gua mmg happy sebab tu memang team peberet gua..dan lagi satu ia diibaratkan plawanan antara malaysia dgn singapura...tp mcm mn plak dgn FAM? ape reaksi dan komen?
dorg senyum ke dgn kejayaan kelantan mlm td..? haha...sah sah tarak! nape sik cayak ka? eh tu bahasa sarawak.. tak caya ke? lalala tau takpe...hanya mereka dan mereka2 jer yg tahu..huahua..
ah! lupakan game mlm td..!! tlanjur gua tersasul ckp sarawak, tengat lak kat nasib team bumi kenyalang ni.
ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. seksaan ditanggung dorng sudah xdapat diselindungkan lagi..
hukuman demi hukuman diterima dari FAM... denda RM 75,500 bagi dua kesalahan serta bermain tanpa kehadiran penyokong dalam empat perlawanan akan datang sudah cukup menampakkan
kemahabijaksanaan FAM.! dengan denda itu, maka genaplah 'tiga hadiah' sarawak dapat dari dorng..
sebelum ni tim. presiden FAS menerima nasib yang sama macam tan sri anuar musa kena tempoh hari
gara-gara mengkritik, tak pasal2 kena RM8000 dan gantung 8 perlawanan. gua nak tanya pasal apa?
konon pasal kawalan keselamatan longgar? wei...abg2 FAM.. dgr sini..kalau bab kawalan ni, tiap minggu blh dkatakan ada yang melanggar peraturan.. ! kes bawak mercun dalam stadium sampai arini korg tak dapat kawal.. ! penyokong masuk tanpa tiket lagi satu hal.. pun korg x dpt atasi..! tidakkah ini menampakkan kelemahan korang? kalau betul korang ambil berat, apsal tak saman indonesia dulu? skuad harimau muda hampir-hampir diganyang oleh fanatik indon! belum pernah dalam sejarah pemain ke stadium menaiki baracuda. satu penghinaan ! ini pun melibatkan soal keselamatan jugak! malah lebih dasyat kalau xdapat dikawal. semua orang makin lama makin meluat dgn FAM! ini fakta bukan auta!
cuba tengok friendly membabitkan team kebangsaan tempoh ari.. ramai ke datang? ni pasal apa? salah sapa?
Gua difahamkan di sarawak skang, semua penyokong mendesak FAS keluar FAM.. napa? sik cayak ka?
nah klik ni tgk sdiri.. www.petisyen.com. penyokong-penyokong sarawak rasa terhina dengan tindakan ini dan sesuatu yang dianggap zalim!
apa yang FAM nak sebenarnya ?semua orang tak faham! nak kata membangun,jauh panggang dari api.
international friendly takkan ada klu tak di desak dan dikritik. wulawei...bderau!!
Sebut pasal ranking dorg kata tak penting, lepas ranking malaysia jatuh baru-baru ni baru dok sibok nak jawab kritikan.itupun tgagap-gagap.. baru sibuk nak atur game..apa hal?
apa fungsi dan matlamat FAM? cer jawab ! bukan gua je yang nak tahu, semua orang nak aju soklan cepumas ni..tapi FAM buat dek mcm tak nampak. im sori la abg2 FAM tmasuk tuanku..
gua bukan nak cari masalah, tapi ni dah jadi isu dan amaran peringkat jingga ! mcm ribut la plak! kalau tak diselamatkan, alamat jahanam la bolasepak kita.
dan untuk yang terakhirnya, gua minta kalau boleh, orang-orang lama kat FAM tu, segeralah berundur
bagi peluang pada orang yang benar-benar nak majukan sukan bolasepak di negara ni.
dengan segala hormatnya....Oh FAM
:"kami sayang harimau malaya"
FAKTA: persatuan bolasepak sarawak bakal menanggung kerugian RM500,000 sekiranya hukuman ini dijalankan
p/s bekas penyerang kebangsaan thn 90an, matlan marjan sampai ke hari ini di gantung FAM...kesian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan