followers

busuk.org

Ahad, 6 Mei 2012

Tak sempat bagi pemain MP3 - Amy Search

As'salam

NORMAH OTHMAN menabur bunga di pusara suaminya Allahyarham Bob Kuman
 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan semalam.

Baru beberapa hari Allahyarham Bob Kuman pergi untuk selama-lamanya namun kesedihan masih lagi
menyelubungi diri rakan-rakan yang rapat dengan allahyarham.

Antaranya ialah Amy Search, pemergian bob ternyata masih lagi beliau terasa. Amy terkilan kerana tidak sempat memenuhi permintaan bob yang inginkan alat pemain MP3 sebagai hadiah hari jadinya.
Menurut Amy, alat itu sudah dibelinya dan disimpan di rumahnya namun malangnya beliau tidak sempat untuk menyerahkannya kepada bob.

Selain itu kata-kata "bro..gua sebenarnya dah jauh" masih terngiang-ngiang di telinganya ketika beliau menghubungi bob dua minggu lalu yang seolah-olah memberikan petanda bahawa dia akan pergi untuk selama-lamanya. demikian menurut Amy ketika ditemui.

Sumber: Kosmo

al-fatihah buat allahyarham bob kuman..

1 ulasan:

Hazri Zakaria berkata...

semoga roh bob ditempatkan dalam golongan orang baik-baik.

salam kenal ^^,