followers

busuk.org

Isnin, 28 Mei 2012

Indonesia Bakal Miliki Bangunan Tertinggi

Lakaran artis
Indonesia bakal memiliki bangunan tertinggi apabila sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat dibina di Jakarta. ia dibangunkan oleh seorang usahawan terkemuka indonesia, Tony Winata.

Menara yang dinamakan Signature Tower itu akan turut menempatkan hotel mewah, ruang pejabat selain pusat membeli-belah. dan apabila siap nanti, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.

Signature Tower diinspirasikan daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.

Fakta: Burj Khalifa di Dubai yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat merupakan bangunan tertinggi di dunia masakini

Sumber:

2 ulasan:

Korn Ahmad berkata...

bukan kah indon selalu gempa bumi dan berani pulak dia amik risiko bina bangunan tggi2 nie... isk isk isk

Unknown berkata...

tu la pasal..hehe