followers

busuk.org

Isnin, 28 Mei 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012 Tutup Tirai


As'salam


PUTRAJAYA - Himpunan Jutaan Belia 2012, yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara menutup tirainya hari ini.

Perkara yang paling menarik adalah HJB2012 kali ini telah mencipta rekod tersendiri iaitu kehadiran dua juta belia sepanjang karnival lima hari itu.

Dengan tema “Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok”, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan pusat pentadbiran negara itu seolah-olah ditawan oleh golongan muda.

Karnival yang diyakini bakal menjadi 10 karnival terbesar di dunia itu turut dilihat dapat merapatkan jurang antara pemimpin negara pada masa ini dengan golongan pemimpin negara pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua yang menjayakan Himpunan Jutaan Belia 2012.
Tahniah juga kepada blogger-blogger yang turut sama mempromosikan karnival ini menerusi 
Projek Amal Blogger Malaysia.


Tiada ulasan: