followers

busuk.org

Jumaat, 6 Januari 2012

Sindiket Penipu Macau Tumpas!!

Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di pulau ini yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion dengan tertangkapnya 37 orang dalam dua serbuan serentak berasingan di sini hari ini.

Sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' itu dipercayai diketuai seorang warga Taiwan telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pasukan daripada bahagian jenayah komersial negeri ini dan Bukit Aman membuat serbuan pertama kira-kira jam 10 pagi di Kinta Lane dan menahan 30 orang suspek berasal dari China dan Taiwan termasuk dua warga tempatan.
Katanya, tempat terbabit dijadikan pusat membuat panggilan kerana pihak polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

"Antara mereka yang ditahan dalam serbuan pertama itu ialah dua orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan enam dari Taiwan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata, dalam serbuan kedua di kawasan kediaman di Jalan Pantai Molek, Tanjung Bungah, tiga rakyat Malaysia dan empat warga Taiwan ditahan.

Beliau berkata, polis menemui sebilangan pasport dipercayai milik suspek dalam serbuan kedua itu.
Katanya, cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

"Mereka memberitahu mangsa yang akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain," katanya.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Jenayah.

Sumber: Berita Harian

3 ulasan:

Unknown berkata...

ok set bro..jap lg landing kat situ

Tanpa Nama berkata...

ishk! burukkan nama m'sia jer..p hntar kat taiwan jela org cmtu..huhu.. =.=

Unknown berkata...

tu la pasal...hmmmm