followers

busuk.org

Sabtu, 7 Januari 2012

KEMPEN HKUS vs KEMPEN 901


Salam 1Malaysia
Tanggal 9 Januari 2012 ( Isnin depan )
bakal mencatatkan satu lagi sejarah bagi kita di Negara ini
Semua pun dah maklum bahawa tarikh berkenaan adalah tarikh keputusan kes liwat
Datuk Seri Anwar Ibrahim keatas bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tapi gua nak fokus kepada dua perhimpunan yang bakal diadakan di 
Perkarangan Kompleks Mahkamah pada tarikh yang sama.
Perhimpunan Kempen 901 bagi pihak Datuk Seri Anwar
dan Perhimpunan Himpun Keadilan Untuk Saiful bagi pihak Mohd Saiful Bukhari.
Segala kemungkinan akan berlaku dan itulah yang pasti
Namun bagi gua, perkara ini amat menyedihkan,apatah lagi kedua-duanya dari kaum yang sama.
perpecahan jelas sekali nyata dikalangan orang-orang melayu.sedih dowh..
maaflah jika gua salah beri tafsiran, 
akan tetapi semua dah jelas dan tahu apa yang bakal akan berlaku isnin nanti
gua taknak panjang-panjangkan isu ini, 
cuma gua berharap semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada hari tersebut.
dan apapun keputusannya, terimalah dengan hati yang terbuka.
jangan gaduh-gaduh ye.. :)

 "BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"
fikir-fikirkan...

3 ulasan:

Lieza Nordin berkata...

semoga bjalan lancar sahaja

dokistory berkata...

betul.. sedey la melayu jadi cam nih! :(

Unknown berkata...

Doakan semoga tiada apa2 yang berlaku