followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label kereta proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta proton. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

Spesifikasi Proton Preve

As'salam..
Berikut adalah spesifikasi yang terdapat pada Proton Preve





SPESIFIKASI: Proton Preve


- Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa

- 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm

- Sistem butang penghidup enjin untuk Premium

- Stering kuasa hidrolik

- Brek ABS dengan EBD

- Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja

- Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS

- Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod

- Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

- Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km

- Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), 
  Eksekutif (harga dari RM59,990)
Sumber: BH


Khamis, 15 Mac 2012

Model Terbaru Proton Bakal Dikeluarkan


model terbaru! proton P3-21A.. akan diperkenalkan pada penghujung bulan March 2012. rupa-bentuknya dikatakan memang menarik, selain dari espek2 yang terkini dan bakal merubah persepsi jenama Proton. mungkin juga photo rendering yg teman tempel ini (sumber dari funtasticko design) adalah kenyataan rupa-bentuk sebenar P3-21A - nice..

Harga model kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.

"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak
kredit: http://bosanbusan.blogspot.com/