followers
busuk.org
Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan
Jumaat, 9 Mac 2012
Mulakan kajian SSM sekarang, kata Cuepacs
MELAKA - Cuepacs berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.
"Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.
"Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini hari ini.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.
Mengulas lanjut, Omar berkata antara perkara yang memerlukan perhatian segera suruhanhaya itu ialah isu tangga gaji maksimum.
Ini kerana katanya dengan pembatalan SBPA, isu tangga gaji maksimum yang sebelum ini dibangkitkan di dalam SSM akan kembali berlaku.
"Sebagai contoh kalau gaji seseorang penjawat awam RM4,000, dapat pelarasan gaji 13 peratus, naiklah RM520 tetapi selepas itu habislah (kerana gaji maksimum), ini semua perlu dilihat kembali kerana dalam SBPA dahulu inilah perkara utama yang dibangkitkan," katanya. – Bernama
Sinar Harian
Khamis, 8 Mac 2012
SBPA DIBATALKAN!! SSM DITAMBAH BAIK
SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.
Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.
Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.
Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.
Siinar Harian
Selasa, 21 Februari 2012
CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sinar Harian
Isnin, 30 Januari 2012
Panas! Benarkah SBPA Satu Konspirasi?
Assalamualaikum...
Esok adalah hari sepatutnya pembayaran baki perbezaan gaji bagi januari dibawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan baru-baru ini
Namun ditanggukan kerana ianya akan disemak semula. kerana mendapat banyak bantahan terutamanya dari
Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya mengesahkan penangguhan itu berikutan keputusan jemaah menteri pada 11 januari lalu meminta supaya pelaksanaan SBPA ditangguhkan.
Dalam beberapa hari ini saja ada dua perkara berkaitan SBPA yang ditangguhkan kerajaan.
yang keduanya adalah pembayaran gaji pada bulan Februari yang sepatutnya mengikut SBPA tetapi ditarik balik kerana pengangguhan itu.
Ramai jugak yang gua dengar hampa dengan keputusan itu..hmmmmm
Persoalannya disini, Apakah SBPA ini tidak diteliti sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat oleh kerajaan?
Dan berita 'Panasnya'
Gua juga ada mendengar bahawa SBPA ini hanyalah permainan dan konspirasi daripada kerajaan
untuk menaikkan populariti PM sebagai 'penyelamat bangsa'. benarkah?!
bolehkah sesiapa menjawapnya?
Dan bagi Cuepacs sendiri yang mewakili para penjawat awam secara terangnya tidak menyetujui sistem ini dan memintanya supaya dikaji semula. Akan tetapi adakah semua penjawat awam berdiri dibelakang Cuepacs dalam hal ini? khususnya bagi mereka yang tergolong dalam Gred Rendah. Adakah mereka setuju dengan penangguhan ini? Pada fikiran gua, ramai dikalangan penjawat awam (sokongan) yang secara terang 'Hampa' dengan keputusan ini.
Atau, Adakah Cuepacs terlibat dalam konspirasi yang didakwa ini??
Benarkah semua ini hanyalah taktik untuk meraih populariti? lebih-lebih lagi PRU13 yang dikatakan semakin hampir.
Gua merujuk kepada petikan artikel ini
(dengan izin)
"Jelas bahawa, SBPA merupakan satu conspirasi untuk menaikan nama DS Najib dimata penjawat awam seluruh negara. Kita semuanya tahu bahawa, penjawat awam adalah pengundi dan ia merupakan satu cagaran kepada mana-mana pemimpin dunia untuk mengadakan pilihanraya terutamanya Malaysia yang bakal mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 dalam masa terdekat. Dengan ujudnya dan terciptanya keadaan ini, sokongan penjawat awam tang telah terbahagi dan meragui kepemimpinan PM menjadi semakin kuat dan ini akan menambahkan keyakinan PM untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya.
Janganlah kita tertipu dengan keadaan ini, sesungguhnya dengarlah kata hati anda.. usahlah dilihat dan dipandang apa yang dilakukan oleh PM ini sebagai satu usaha murni untuk menolong dan membantu menjernihkan suasana, fikirkanlah ini dari aspek DS Najib sebagai ahli politik…
Setiap usaha yang dilakukannya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dan mesti dipikul olehnya, bukannya menjadi kelebihan bagi dirinya sebagai seseorang yang menyelamatkan keadaan bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air, tatapi penyelaman beliau adalah penyelaman yang terancang dan dirancang untuk meningkatkan tahap sokongan terhadapnya.
Tanamkan kefahaman ini juga dalam minda anda semua, seseorang jeneral atau panglima tidak akan mengistiharkan perang sekiranya keadaan dan situasi tidak menyebelahinya. Pelbagai persediaan dijalankan untuk memenangi peperangan. Strategi perang dibentuk, angkatan disusun, dan semua ini persediaan tidak akan lengkap tanpa propaganda dan penipuan untuk mengelirukan musuh dan rakyat sesebuah negara yang akan terlibat dalam peperangan. Inilah yang dipanggil sebagi pengalih tumpuan. Seperti mana yang dilakukan oleh angkatan bersekutu pada perang dunia ke 2 untuk mengalahkan Jerman. Dan juga perang teluk 1990.
Teknik ini dikenali sebagai serangan tepi, dimana musuh diumpan ketitik yang dicipta sebagai titik serangan sedangkan itu hanyalah umpan, musuh diumpan ketitik pembohongan dan pergerakan ketitik serangan sebenarnya dilakukan secara rahsia dan penuh berhemat untuk mengelakkan kebocoran teknik dan titik serangan sebenarnya. Setelah titik serangan ditumpaskan, serangan dilakukan secara asakan dari belakang dimana musuh akan kehilangan bantuan dan titik tumpuan perang kerana diserang dari pelbagai arah.

Maaf, mungkin ini teguran sinis atau mungkin ada yang menganggap bahawa artikel gua ini bersifat 'menghentam' atau menyalahkan kerajaan'! Gua tegaskan samasekali tidak!! ini cuma luahan dan persoalan dari gua yang benar-benar inginkan jawapan.
apa yang gua harapkan semoga segala kekalutan berakhir dengan berita gembira
dan diharap satu berita gembira bakal menceriakan semua golongan penjawat awam di seluruh negara.
Wasalam.
Sabtu, 28 Januari 2012
Panas! 5 Tuntutan Cuepacs dalm SBPA
Salam..
Berikut disenaraikan lima tuntutan oleh
Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
- Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
- Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
- Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
- Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
- Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
p/s cuepacs nak pulau SBPA klu tuntutan x dlyn..betul ke?
Khamis, 12 Januari 2012
Sah! SBPA Tangguh -Cuepacs
Kongres kesatuan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam (Cuepacs)
mengesahkan pelaksanaan sistem saraan baru perkhidmatan awam(SBPA) di tangguhkan untuk membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda pagi tadi. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu
Azih menambah, kajian ke atas SBPA, yang akan dijalankan melibatkan soal kenaikan gaji, antara kakitangan kumpulan rendah dan tinggi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati.
"SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam," katanya merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
mengesahkan pelaksanaan sistem saraan baru perkhidmatan awam(SBPA) di tangguhkan untuk membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda pagi tadi. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu
."Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau.
"SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam," katanya merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Sumber: Sinar Harian
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)