followers

busuk.org

Khamis, 12 Januari 2012

Sah! SBPA Tangguh -Cuepacs

Kongres kesatuan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam (Cuepacs)
mengesahkan pelaksanaan sistem saraan baru perkhidmatan awam(SBPA) di tangguhkan untuk membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda pagi tadi. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu

."Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau.

Azih menambah, kajian ke atas SBPA, yang akan dijalankan melibatkan soal kenaikan gaji, antara kakitangan kumpulan rendah dan tinggi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati.

"SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam," katanya merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: