followers

busuk.org

Rabu, 23 Mei 2012

QPR Lawan Pilihan Sabah 18 Julai

As'salam


Jika beberapa kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih cenderung memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi mereka untuk jelajah pra musim sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kali ini sebuah lagi kelab dari liga itu juga akan melakukan perkara yang sama namun agak berbeza 
sedikit apabila negeri Sabah dipilih menjadi destinasinya. Queen Park Rangers (QPR) sebuah lagi kelab dari 
Liga Perdana itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pilihan Sabah pada 18 Julai ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi kelab itu, Tan Sri Tony Fernandes, berita ini beliau umumkan di laman twitternya sebentar tadi.

"Untuk semua rakyat di Sabah dan Timur Malaysia, kita membawa QPR ke Kota Kinabalu. Semua pasukan pergi ke Kuala Lumpur. Kami di AirAsia tidak lupa pada semua yang telah memberi sokongan kepada kami," kata pemilik QPR ini menerusi Twitter.

Kepada peminat-peminat sukan bola sepak di negeri Sabah, jangan lepaskan peluang ini !!

Sumber: SH


Gambar Pondok Telefon Unik Di Sao Paolo


As'salam


Ini ialah sebahagian dari seratus pondok telefon yang dihiasi pelbagai lukisan menarik di sekitar Bandaraya Sao Paolo, Brazil. Lukisan-lukisan unik ini termasuklah Otak manusia,kincir angin dan sebagainya

Hiasan lukisan pada pondok telefon ini dibiayai oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.
ramai pelancong dan penduduk tempatan dikatakan mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di pondok telefon ini kerana keunikannya.


Bekas Isteri Sultan Bakal Kembali Ke Kaca TV



Korang masih ingat lagi tak dengan nama  Azrinaz Mazhar Hakim?
haaa.....jangan tak tau..!  Azrinaz ni ialah bekas pengacara TV3 sebelum beliau menjadi Permaisuri Sultan Brunei dan meninggalkan dunia glamer ni pada bulan mei 2005.

Namun segalanya ketentuan tuhan, apabila jodohnya bersama Sultan Brunei tidak berpanjangan dan berakhir dengan perceraian. dan berita terbaru yang gua dengar, Azrinaz bakal akan membuat kemunculan semula di kaca tv. kali ini beliau akan muncul dalam program realiti mencari pengacara iaitu 'On Air' sebagai juri jemputan yang akan bersiaran pada pukul 10 malam ini di Astro Ria.


Difahamkan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi)