As'salam
Jika beberapa kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih cenderung memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi mereka untuk jelajah pra musim sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kali ini sebuah lagi kelab dari liga itu juga akan melakukan perkara yang sama namun agak berbeza
sedikit apabila negeri Sabah dipilih menjadi destinasinya. Queen Park Rangers (QPR) sebuah lagi kelab dari
Liga Perdana itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pilihan Sabah pada 18 Julai ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi kelab itu, Tan Sri Tony Fernandes, berita ini beliau umumkan di laman twitternya sebentar tadi.
"Untuk semua rakyat di Sabah dan Timur Malaysia, kita membawa QPR ke Kota Kinabalu. Semua pasukan pergi ke Kuala Lumpur. Kami di AirAsia tidak lupa pada semua yang telah memberi sokongan kepada kami," kata pemilik QPR ini menerusi Twitter.
Kepada peminat-peminat sukan bola sepak di negeri Sabah, jangan lepaskan peluang ini !!
Sumber: SH
2 ulasan:
ini baru betul kelab lawan kelab..
heheh..
biasa negara lawan kelab jer kalu friendly:)
a'ah btl jgk kan..hehe
Catat Ulasan