followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label persatuan bolasepak negeri sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persatuan bolasepak negeri sabah. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

QPR Lawan Pilihan Sabah 18 Julai

As'salam


Jika beberapa kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih cenderung memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi mereka untuk jelajah pra musim sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kali ini sebuah lagi kelab dari liga itu juga akan melakukan perkara yang sama namun agak berbeza 
sedikit apabila negeri Sabah dipilih menjadi destinasinya. Queen Park Rangers (QPR) sebuah lagi kelab dari 
Liga Perdana itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pilihan Sabah pada 18 Julai ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi kelab itu, Tan Sri Tony Fernandes, berita ini beliau umumkan di laman twitternya sebentar tadi.

"Untuk semua rakyat di Sabah dan Timur Malaysia, kita membawa QPR ke Kota Kinabalu. Semua pasukan pergi ke Kuala Lumpur. Kami di AirAsia tidak lupa pada semua yang telah memberi sokongan kepada kami," kata pemilik QPR ini menerusi Twitter.

Kepada peminat-peminat sukan bola sepak di negeri Sabah, jangan lepaskan peluang ini !!

Sumber: SH


Khamis, 3 Mei 2012

Hendrik Helmke Bintang Import Baru Sabah


As'salam

Memperkenalkan bintang import baru pasukan Sabah

HENDRIK HELMKE



Sabah FA baru-baru ini telah mendapatkan khidmat seorang pemain import baru yang 
akan beraksi dalam Liga Super Malaysia dan beliau ialah Hendrik Helmke.
Pemain tengah berusia 24 tahun berasal dari jerman ini telah menggantikan tempat
Michael Baird dari Australia yang terpaksa digugurkan kerana kecederaan serius yang memerlukan tempoh yang agak lama untuk pulih. Diharap kehadiran 'Gico' (Helmke) akan mampu membantu sabah untuk terus bersaing dalam kempen Liga Super 2012.







aksi (video) daripada Hendrik Helmke

                                            





BIODATA HENDRIK HELMKE

Nama : Hendrik Helmke
Tarikh Lahir : 1987/07/13
Tempat Lahir : Winsen (Luhe)
Umur : 24tahun
Tinggi : 1,81meter
Warganegara : Jerman dan Brazil (asal)
Posisi : Central Midfield dan Attacking Midfield
Kelab: IFK Mariehamn (Finland)
Kelab Terkini: Sabah (Malaysia)

Sejarah Bolasepak :

2006-2007 | VfL Maschen (Kelab Germany) | Perlawanan 28 | Gol 10
2007-2008 | Lüneburger SK (Kelab Germany) | Perlawanan 26 | Gol 6
2008-2009 | VfB Lübeck (Kelab Germany) | Perlawanan 27 | Gol 0
2009-2010 | VfB Lübeck (Kelab Germany) | Perlawanan 0 | Gol 0
2011 | IFK Mariehamn (Kelab Finland) | Perlawanan 29 | Gol 2
p/s sebijik macam christiano ronaldo hehehe...

Sabah Tatap!!


Isnin, 5 Mac 2012

Review Blog | Badak Sabah (blog santai peminat bolasepak negeri sabah)

kalau nak tahu owner blog ni,yang kat tengah tu la..owner ke?hehehe...

Salam..

Rasanya ini adalah kali ke-2 gua review blog follower2 gua..
Tapi kali ni rasanya lain sket kot..bukan apa, selain dari 'Mamat' ni jadi follower gua,
kami sebenarnya punya minat yang sama dan memang jenis sekepala hahaha..
kami adalah antara yang meminati Pasukan Bolasepak Negeri Sabah.
dan yang paling penting sekali..,kami sentiasa turun ke stadium
untuk bagi sokongan kpd team kesayangan kami...
jangan tak tahu..!! hahahaha..


Gua memang 'Respect' Badak Sabah ni!! sebabnya..dia ni memang rajin update blog dia.
rajin ker???hahaha
sebenarnya blog ni lebih tertumpu kepada sukan bolasepak
dan yang pastinya cerita mengenai Pasukan Sabahawks! (SABAH FA) 
gua salute lu beb!!

So,
kalau nak dapatkan informasi tentang perlawanan2 yang membabitkan Sabah, korang terjah je blog
dan gua nak bagi cadangan kat korang esp 'budak2 sabah' tak kire minat atau tidak sukan bola ni,
korang bagilah sapot kat blog ni ye.. :)


                                           


Oklah gua nak blah dulu..apa-apa pun Sabah tatap!!!

Opppssss nak 'inteprem' japss hahahaha..

Rabu, 15 Februari 2012

North Borneo Ultras


Salam..

Khas buat penyokong2 pasukan bolasepak Negeri Sabah
ayuh semarakkan semangat anda..
sertai North Borneo Ultras!!

"FIGHT FOREVER"








                                               

Info: Ditubuhkan pada 5.4.2011 bertujuan untuk menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan Sabah FA dengan sorakan dan nyanyian sepanjang 90minit perlawanan. FIGHT FOREVER!!!

Rabu, 1 Februari 2012

Koleksi Gambar Sabah FA '96' Part #1


Koleksi Gambar Sabah FA '96' Part #1

koleksi dari keratan akhbar..
maaf..,kurang jelas :)


detik manis ketika sabah menjuarai Liga 
Khairul Azman kini jurulatih penjaga gol sabahawks
khairul bersama seslija milomir


Aksi Ong kim swee bersama pasukan sabah
aksi suharmin yusof  ketika menentang selangor

Scott ollerenshaw
Pasukan Sabah ketika menjuarai liga perdana '96'

Suharmin yusof, Ong kim swee dan abdullah awg adi
Yap wai loon


Sabah FA 95 #1

Koleksi Gambar Sabah FA '95' Part#2