followers

busuk.org

Khamis, 26 April 2012

segmen: Jom Singgah Blog Saya

As'salam


Lama rasanya gua tak join segmen..lama ker? hehehe
hari ni gua nak join segmen yang teramat simple ni
(segmen mcm ni la gua nak)

Jom Singgah Blog Saya 
dari cikgu zubir

akusijebat: http://akusijebat.blogspot.com/

Kuih Tradisi: Penjaram

As'salam




Hahaha..tetibe plak gua jadi orang dapur... 
aktuli gua sengaja nak kongsi-kongsi dengan korang tentang salah satu makanan/kuih tradisi paling pemes
 kat tempat gua..(sabah)

memperkenalkan...

PENJARAM...

kat sabah kami panggil penjaram atau penyaram..rasanya kat semenanjung kuih ni dikenali sebagai 
 cucur jawa..betul tak? kalau salah, im soriiii...hehehe
sebenarnya menurut mak gua, kuih penjaram ada tiga jenis atau perasa
iaitu perasa biasa (gula),perasa gula tebu/gula melaka dan perasa pandan.

Bahan-bahan:

-Tepung gandum 1kg
-Tepung beras 2 bungkus (dalam packet yang dijual tu)
-Gula 1kg (lebih sikit)

ATAU:
-Tepung gandum 1kg
-Tepung beras 1 packet
-Tepung pulut 1 packet
-Gula 1kg

p/s: pilih kombinasi bahan yang disukai

Untuk Perasa, ikut kesukaan masing-masing contohnya; air pandan untuk warna hijau dan kuih rasa pandan, tak payah tambah apa-apa jika suka perasa asli..dan gunalah gula merah/gula tebu/gula melaka jika ingin warna kuih gelap sedikit..

PERISA PANDAN:

* blender 5 helai daun pandan(POTONG KECIL2) dgn i cwn air.TAPIS.. 

- Campur semua bahan di atas ni dengan air dan gaul hingga pekat dan sebati (adunan licin)

- Kalau dibiar semalam adunan tu lagi bagus dan digoreng esok hari..sebab hasil kuih lebih cantik dan kembang...

- Pastikan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng, benar-benar panas sebelum menggoreng

- Dengan satu senduk bulat, ceduk adunan dan tuang ke dalam minyak panas dgn api yg sederhana kecil.  kalau terlalu panas kuih akan hangus dan keras

- Sesudah masak angkat dan toskan hehehe...

selamat mencuba hehehehe :)

Sumber gambar: google




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Saintis Jepun jumpa galaksi paling jauh

GAMBAR yang disiarkan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan
Jepun semalam menunjukkan sejumlah cahaya yang dirakamkan Teleskop Subaru di Hawaii.

TOKYO - Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun cahaya dari Bumi.

Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh pernah ditemui setakat ini.
Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.

"Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun," kata kumpulan ahli astronomi itu dalam satu kenyataan media.


Kredit: SH


2 Pelajar MRSM Harumkan Nama Negara


As'salam


Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, 
Nur Syafiqah Mohd Azhar dan Noor Fatin Zulkifli, kedua2nya berusia 17 tahun telah 
mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas di 
Geneva Palexpo Exhibitions and Inventions, Switzerland menerusi produk
kertas mesra alam yang mereka hasilkan.

Pertandingan peringkat antarabangsa itu yang telah diadakan pada 18 hingga 22 April lepas
telah membuktikan bahawa produk keluaran rakyat tempatan juga mampu mendapat tempat 
diperingkat antarabangsa.

Pengetua MRSM itu, Khalil Ab Rahman berkata, kejayaan kali pertama 
MRSM Kuantan merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa itu diharap dapat 
dijadikan contoh buat pelajar MRSM dan golongan muda yang lain.

Kedua-dua pelajar berkenaan telah mengambil masa kurang daripada enam bulan bagi menjalankan kajian untuk menghasilkan kertas yang diperbuat daripada lalang itu.

Apa yang istimewanya, kertas itu sangat mesra alam kerana ia bukan saja boleh reput dalam masa dua minggu tetapi ia juga boleh dugunakan sebanyak tiga kali jika ia dijadikan sebagai bekas makanan.

Sumber: Kosmo


HARI BELIA NEGARA 2012

Assalamualaikum

Untuk makluman semua, ini adalah entri khas dan sebahagian daripada
PROJEK AMAL BLOGGER MALAYSIA
yang gua sertai. 
Dan entri kali ini adalah mengenai sambutan
Hari Belia Negara 2012
yang akan berlangsung Mei depan.
Oleh itu izinkan gua memberi penerangan serba sedikit mengenai perkara ini


Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan. Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.


HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan di sambut
dengan lebih hebat lagi!!
Bermula 23 Mei hingga 27 Mei, Putrajaya akan menjadi "LAUTAN BELIA" apabila lebih DUA JUTA belia akan membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan dari berbagai kumpulan muzik. 

Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan. Bagi mengetahui berbagai peluang, kehebatan dan keriangan Hari Belia, saksikan HIMPUNAN JUTAAN BELIA!!

Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah:



Tarikh : 23 – 27 Mei 2012 
Tempat : Dataran Putrajaya 
Hari : Rabu – Ahad 
Masa : 9.00pg – 5.00ptg

turut menyokong:  persatuan belia INSPIRASI kinabalu


Dipaksa makan cili padi: Denda atau Dera?


As'salam



Seumur hidup gua, gua tak pernah dengar ada denda macam ni..kompius dowh!! denda ke dera?

ikuti laporan ini..

IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya. 

-Sinar Harian

Korang nilailah sendiri..gua tak berani nak komen panjang2..takut disalah ertikan..tapi gua memang panas der!! isk isk isk...ada ke patut.

p/s :(


Apa yang tak kena?




SAJA NAK TANYA KORANG APA KESILAPAN PADA GAMBAR INI




p/s im soriiii........hehehe