followers

busuk.org

Khamis, 26 April 2012

2 Pelajar MRSM Harumkan Nama Negara


As'salam


Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, 
Nur Syafiqah Mohd Azhar dan Noor Fatin Zulkifli, kedua2nya berusia 17 tahun telah 
mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas di 
Geneva Palexpo Exhibitions and Inventions, Switzerland menerusi produk
kertas mesra alam yang mereka hasilkan.

Pertandingan peringkat antarabangsa itu yang telah diadakan pada 18 hingga 22 April lepas
telah membuktikan bahawa produk keluaran rakyat tempatan juga mampu mendapat tempat 
diperingkat antarabangsa.

Pengetua MRSM itu, Khalil Ab Rahman berkata, kejayaan kali pertama 
MRSM Kuantan merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa itu diharap dapat 
dijadikan contoh buat pelajar MRSM dan golongan muda yang lain.

Kedua-dua pelajar berkenaan telah mengambil masa kurang daripada enam bulan bagi menjalankan kajian untuk menghasilkan kertas yang diperbuat daripada lalang itu.

Apa yang istimewanya, kertas itu sangat mesra alam kerana ia bukan saja boleh reput dalam masa dua minggu tetapi ia juga boleh dugunakan sebanyak tiga kali jika ia dijadikan sebagai bekas makanan.

Sumber: Kosmo


5 ulasan:

Ika Halim berkata...

wow , bila lah ieqa nak jadi sebijak tu . Huhu . Bangga :')

Unknown berkata...

insyallah ieqa kalau ada usaha dan kesungguhan..semua tu tak mustahil :)

AIRA berkata...

hebat la mereka berdua..Last year saya masuk pertandingan cuma buat soy ink saja...kitaorang gunakan minyak soya untuk buat dakwat pen ..tu pun dapat no 5..

bagitau.com berkata...

wah bijak budak2 ni. memang kena bagi reward supaya org lain pun semangat gak

syafiqah azhar berkata...

assalamualaikum..sy salah sorang student kt ats tuh, insya-allah, kalau ada kesungguhan, kejayaan akn menyusul