followers

busuk.org

Khamis, 26 April 2012

Saintis Jepun jumpa galaksi paling jauh

GAMBAR yang disiarkan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan
Jepun semalam menunjukkan sejumlah cahaya yang dirakamkan Teleskop Subaru di Hawaii.

TOKYO - Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun cahaya dari Bumi.

Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh pernah ditemui setakat ini.
Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.

"Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun," kata kumpulan ahli astronomi itu dalam satu kenyataan media.


Kredit: SH


3 ulasan:

y.Ho berkata...

wow.. memang jauh tu... sampai billion tahun. Alam semesta ini.. memang infiniti, no limits. Bila fikirkannya, ada sikit menakutkan eh.. langsung tak tahu dunia luar ada apa lagi!!

http://www.bananamylove.blogspot.com

redlomo berkata...

banyak lagi perlu kita terokai..alam ini begitu luas dan penuh rahsia

Mohd Billy berkata...

besarnya kuasa yg maha esa..allahuakhbar!