followers

busuk.org

Khamis, 23 Februari 2012

Serius! Ini Gambar Panas Daktu..!!


Salam..

korang jangan sentap ek... dalam entri gua kali ni,gua dengan beraninya nak dedahkan satu penemuan gambo pasal sorang minah ni yang bolehlah jugak dikatakan ngetop and meletop-letop bak mercun crazy bang!! hahahahaha..

Ya... ! ini gambo panas daktu.. gua tak sangka disebalik keayuan dan sopan santunnya, rupanya daktu 
ada simpan rahsia tersembunyi...sungguh tak sangka! ha!! sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke lubang jamban jugak.

Korang tentu tak sabo nak tahu dan nak tengok siapakah orang yang gua maksudkan,
meh scroll ke bawah..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


seksi tak?

hahahaha....cepat je kan nak klik kalau ade tajuk entri macam ni?
kan dah kena...hehe 
pape pon gua mintak maaf ek..saje nak gurau-gurau dengan korang sebab gua tahu korang memang sporting

korang share-sharelah entri ni ye..
jangan marah haaa...


Hormati Orang Yang Lebih Tua Dari Kita.





Hormati Orang Yang Lebih Tua Dari Kita.

BERI SALAM

Setiap kali bertemu dengan orang yang lebih tua, Berilah salam dengan penuh keikhlasan. Ciumlah tangan mereka sekurang-kurangnya dapat memberi perasaan kasih terhadap anda.

PENYAMPAIAN SEDERHANA

Ketika menyampaikan sesuatu samada gembira atau sedih, perlu disampaikan dengan berhemah dan sederhana. Elakkan keghairahan bercerita kerana mereka lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu. takut menyebabkan riak.

JANGAN TERLEBIH YAKIN 

Jangan terlebih yakin dikala berbicara takut mengundang sifat sombong dalam diri, terutama bercerita tentang kerjaya dan kedudukan anda dalam masyarakat. Bukan semua perkara tentang anda disukai orang lain. Jangan juga bercerita tentang orang lain jika tidak pandai mengatur kata. takut mengundang fitnah / kemarahan orang lain pulak .

SOPAN

Adab resam melayu seperti membongkok ketika melintasi, atau meminta izin untuk melakukan sesuatu perlu diterapkan agar warga tua berasa sentiasa dihormati. secara tidak langsung dapat menjaga nama baik kluarga kita.

WAJAH MANIS

Jika anda belajar untuk memaafkan dan berlapang dada sudah tentu anda dapat manafaatnya kemudian hari. Ucapkan sesuatu itu dengan berwajah manis dan penuh keceriaan dan bersunguh² walaupun menyampaikan berita sedih. bukan tergedik sana, tergedik sini.

JANGAN UNGKAP KATA KESAT

Jangan sesekali mengungkap kata kesat atau mengherdik orang tua kerana ini akan mengguris hati dan perasaan mereka. Jika tak mampu berkata² anda bolehlah menulisnya bagi mengurangkan kemarahan.

JANGAN EGO

Jangan ego untuk meminta maaf sekiranya anda telah mengguris hati mereka, sebaik²nya minta maaf setiap hari, orang tua tidak menyatakan atau melahirkan kecalaran hati mereka, maka yang muda perlu merendah diri.

HORMAT MAKAN MINUM

Ketika di meja makan, anda perlulah menghormati makan dan minum mereka, Jika anda ingin makan dahulu pastikan anda tidak membiarkan mereka makan bekas anda, asingkan makanan terlebih dahulu. Nampak kurang sopan membiarkan mereka memakan makanan bekas anda. Jangan merungut atau mencari kesalahan dalam masakan atau hidangan mereka.


MINTA AMPUN

Salam dan cium tangan orang tua dan mohonlah ampun walaupun anda rasa tidak pernah melakukan kesalahan terhadap mereka. kerana sesungguhnya setiap kesalahan walaupun sekecil debu tanpa kita sedari boleh mengguriskan hati dan perasaan orang tua.

Sumber:


Gempar! Ibu Maut Ditetak Anak Kandung



PENDUDUK kampung mengadakan majlis tahlil di hadapan rumah mangsa.

SUSPEK yang juga anak mangsa ditahan polis ketika cuba melarikan diri.

A'inshon Abdul Rahman

Salam...

Hanya kerana gagal mendapatkan wang daripada ibunya, 
seorang lelaki bertindak zalim dengan menetak kepala wanita tua itu menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, Sidam Kiri, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, A’inshon Abdul Rahman, 60, cedera parah di kepala selepas ditetak anak bongsunya itu menggunakan parang sepanjang hampir satu meter ketika mangsa sedang menggoreng sayur di dapur rumahnya untuk juadah makan tengah hari.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bahagian dapur oleh peniaga ikan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah wanita itu.

Difahamkan, suspek yang juga seorang penagih dadah berusia 26 tahun, dikatakan naik berang selepas permintaannya mendapatkan wang daripada ibunya tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan dia bertindak ganas.

Selepas menetak ibunya, suspek melarikan diri bagi mengelak diberkas polis.

Bagi gua manusia jenis macam ni tidak perlu lagi dibicarakan
tapi nasib baiklah negara ini ada undang-undang,kalau tidak orang ini layak ditembak jer terus !!
takpa..takpa..satu hari azab dia akan terima jugak!! Neraka jahanamlah tempat lu!!
hissssss...gua plak yang emo..tapi bab-bab macam ni memang gua tak boleh tengok,

al-Fatihah kepada si mangsa


Sumber: Berita Harian