followers

busuk.org

Khamis, 23 Februari 2012

Gempar! Ibu Maut Ditetak Anak Kandung



PENDUDUK kampung mengadakan majlis tahlil di hadapan rumah mangsa.

SUSPEK yang juga anak mangsa ditahan polis ketika cuba melarikan diri.

A'inshon Abdul Rahman

Salam...

Hanya kerana gagal mendapatkan wang daripada ibunya, 
seorang lelaki bertindak zalim dengan menetak kepala wanita tua itu menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, Sidam Kiri, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, A’inshon Abdul Rahman, 60, cedera parah di kepala selepas ditetak anak bongsunya itu menggunakan parang sepanjang hampir satu meter ketika mangsa sedang menggoreng sayur di dapur rumahnya untuk juadah makan tengah hari.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bahagian dapur oleh peniaga ikan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah wanita itu.

Difahamkan, suspek yang juga seorang penagih dadah berusia 26 tahun, dikatakan naik berang selepas permintaannya mendapatkan wang daripada ibunya tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan dia bertindak ganas.

Selepas menetak ibunya, suspek melarikan diri bagi mengelak diberkas polis.

Bagi gua manusia jenis macam ni tidak perlu lagi dibicarakan
tapi nasib baiklah negara ini ada undang-undang,kalau tidak orang ini layak ditembak jer terus !!
takpa..takpa..satu hari azab dia akan terima jugak!! Neraka jahanamlah tempat lu!!
hissssss...gua plak yang emo..tapi bab-bab macam ni memang gua tak boleh tengok,

al-Fatihah kepada si mangsa


Sumber: Berita Harian

2 ulasan:

dear yayah berkata...

balasan azab akan dibalas terus kat dunia.. dan diteruskan kat akhirat nt.. smpai hati dia :(

Unknown berkata...

sy tnanges baca berita ni..kesian si ibu :(