followers

busuk.org

Khamis, 2 Februari 2012

2 lelaki ditahan bantu siasatan sebar berita kematian KPN

2 lelaki ditahan bantu siasatan sebar berita kematian KPN

Salam..

Dua lelaki ditahan berasingan di pulau Pinang dan di Perak bagi membantu siasatan
penyebaran berita palsu kematian Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melalui melalui SMS.

Kedua-dua lelaki berkenaan berumur dalam lingkungan 30-an.
bagaimanapun dilepaskan selepas rakaman percakapan diambil.
Polis kini sedang memburu orang pertama yang memulakan penyebaran berita palsu itu.

-kepada rakan-rakan blogger atau sesiapa sahaja, beringat2lah ye..jangan berani-berani sebar berita palsu.

Ini komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar

"Polis pandang berat penyalahgunaan media sosial yang sering membuat fitnah, tipu dan ugutan. Kita juga akan pantau komen yang memaki hamun orang,"

Sumber: Sinar Harian

Lagi kepala babi di masjid




Lagi kepala babi ditemui di masjid
Lagi kepala babi ditemui di masjid
KUALA LUMPUR - Selepas penemuan kepala babi di sebuah masjid di Rawang kelmarin,  Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini turut dikejutkan dengan insiden yang sama.

Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan.

Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.

Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi.

Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam.










Sumber: Sinar Harian
p/s semoga si pelaku menerima balasan dan azab dari Allah SWT

Agama | Jika Anda Menjadi Seorang??

Agama | Jika Anda Menjadi Seorang??

Jika anda menjadi seorang DOKTOR kelak , maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.


Jika anda menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.



Jika anda menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika anda menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika anda menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.




Jika anda menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus mengingkari ALLAH SWT.

Jika anda menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika anda menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika anda menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.. :)


sumber:

p/s gambar sekadar hiasan

8 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

 8 langkah bijak mengurangkan pengambilan gula 

 


Salam..

GULA rasanya manis dan menyedapkan rasa bagi makanan atau minuman yang tawar. Bagaimanapun, yang manis dan sedap tidak semestinya baik terutama apabila dikaitkan dengan kesihatan. Pengambilan gula yang berlebihan sebenarnya hanya mengundang pelbagai jenis penyakit seperti, Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung dan sebagainya. Akan tetapi mampukah kita mengelak penyakit ini, sedangkan gula adalah keperluan harian dalam hidup kita? kurang gula dalam badan pun boleh undang penyakit juga.. 
Jadi bagaimana untuk mengelak perkara ini terjadi?
Oklah..disini gua nak bagi 8 Tips tentang bagaimana nak kurangkan pengambilan gula.

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial. 

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian peka manis dan krimer manis kepada satu teh saja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.


4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.


6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal

7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel ‘rendah gula’ dan ‘bebas gula. 

8. Elakkan meminum minuman berkarbornat seperti coke dan sebagainya


selamat mencuba.. :)

Jalan-Jalan Cari Bahan


Meh ar kenal-kenal gua..!!



Jemuran Band..! hahaha
Mr tembam huahuahua..(pic thn lps,skrg slim river wakaka)



'Ateis Minang' Mahu Bertaubat Tetap Akan Didakwa!



Lelaki ateis mahu bertaubat
Seorang pengguna laman facebook yang menggunakan 'Aties Minang' sebagai nama pada akaunnya yang baru-baru ini mencetuskan kemarahan orang islam di indonesia, bakal berdepan satu lagi dakwaan baru.
Alexander Aan, 31, pemilik akaun tersebut dituduh memalsukan identiti pada dokumen dan mengaku sebagai orang islam semasa beliau memohon jawatan sebagai penjawat awam.
Namun semasa disoal siasat, dia dikatakan menyatakan hasrat untuk bertaubat dan ingin memeluk islam dan sekaligus menolak kepercayaanAteisme.

Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata, 
walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.

Sumber: Sinar Harian