followers

busuk.org

Khamis, 2 Februari 2012

8 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

 8 langkah bijak mengurangkan pengambilan gula 

 


Salam..

GULA rasanya manis dan menyedapkan rasa bagi makanan atau minuman yang tawar. Bagaimanapun, yang manis dan sedap tidak semestinya baik terutama apabila dikaitkan dengan kesihatan. Pengambilan gula yang berlebihan sebenarnya hanya mengundang pelbagai jenis penyakit seperti, Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung dan sebagainya. Akan tetapi mampukah kita mengelak penyakit ini, sedangkan gula adalah keperluan harian dalam hidup kita? kurang gula dalam badan pun boleh undang penyakit juga.. 
Jadi bagaimana untuk mengelak perkara ini terjadi?
Oklah..disini gua nak bagi 8 Tips tentang bagaimana nak kurangkan pengambilan gula.

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial. 

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian peka manis dan krimer manis kepada satu teh saja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.


4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.


6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal

7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel ‘rendah gula’ dan ‘bebas gula. 

8. Elakkan meminum minuman berkarbornat seperti coke dan sebagainya


selamat mencuba.. :)

2 ulasan:

kartikel.com berkata...

typo -
6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gua tersenarai di bahagian awal

sepatutnya "gula", bukan "gua"

Unknown berkata...

t.kasih atas teguran bro..maaflah sy tak perasan :)