Seorang pengguna laman facebook yang menggunakan 'Aties Minang' sebagai nama pada akaunnya yang baru-baru ini mencetuskan kemarahan orang islam di indonesia, bakal berdepan satu lagi dakwaan baru.
Alexander Aan, 31, pemilik akaun tersebut dituduh memalsukan identiti pada dokumen dan mengaku sebagai orang islam semasa beliau memohon jawatan sebagai penjawat awam.
Namun semasa disoal siasat, dia dikatakan menyatakan hasrat untuk bertaubat dan ingin memeluk islam dan sekaligus menolak kepercayaanAteisme.
Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata,
walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah.
Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.

Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan