followers

busuk.org

Jumaat, 3 Ogos 2012

Taktik licik dua beradik akhirnya terbongkar!


As'salam


Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan akhirnya terbongkar.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika dua beradik berkenaan sedang mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan. mereka juga dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.

Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu juga turut melakukan penipuan kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan. lebih malang lagi ketika pegawai JKM menyuruh kedua-duanya mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya hanya diam kerana tidak tahu.

Sumber: Kosmo

p/s dah tua pun sanggup menipu..? ish ish ish..

3 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

300 sehari??nak jadi pengemis gak la..hahahaaa....giler betul!

Unknown berkata...

same la..ptg ni aku nak mengemis hehe

Tinta Lana berkata...

Salam.

Terkejut tau tgk kat berita smlm. Mmg ada segelintir pengemis menipu..tpi smpai tahap menyamar jadi Islam, memg melampau..1st time dgr ni..senang2 je..pakai tudung labuh, terus dpt duit..duduk brapa jam je kat bazar tu.