As'salam
Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya Manila sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola. seramai 14 orang dilaporkan mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang itu.
Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat.
Di negeri Sabah, kawasan pantai barat di negeri ini dilanda ribut petir serta angin kencang sejak beberapa hari lalu ekoran kejadian taufan yang membadai Filipina itu.
Info: Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.
Sumber: Kosmo
3 ulasan:
semakin banyak pulak bencana alam sekarang,,, nauzubillahi min zaalik.
ini baru hukum alam..
ombak besar, teringat ketika tsunami dulu
Catat Ulasan