Perkhabaran gembira dari kota London berterusan dari skuad badminton negara. selepas kejayaan pemain No2 dunia, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke suku akhir, kejayaan itu seolah-olah menjadi pembakar semangat kepada pasangan bergu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila turut sama menjejak kaki ke perlawanan separuh akhir selepas menundukkan pasangan dari Thailand, Isara Bodin-Jongjit Maneepong 21-16, 21-18 dalam pertarungan suku akhir yang hanya mengambil masa 38 minit.
Dalam perlawanan separuh akhir nanti, pasangan Kien Keat-boon Heong akan bertemu pasangan sensasi dari China Cai Yun- Fu Haifeng manakal Chong Wei akan berdepan lawan dari India, P.Kasyap dalam suku akhir acara perseorangan yang dijangka akan berlangsung pada 12.01 awal pagi nanti.
Sama-samalah kita semarakkan semangat untuk menyokong kontinjen negara.. gua yakin sasaran emas boleh dicapai..Go Malaysia !!!
4 ulasan:
harap2 dpt result yg baik.. Malaysia kan boleh :)
harap2lah..hehe
ptg tadi tgok skit jntung..nk2 2nd set..hebat jugak thai..dok smash..tapi..lastly,they deserve it:) menang jugakk..tak sabar nak tengok dato LCW lak malam ni:)
dluxpenah tinggal tgk game ..skang dh mcm slow sket...
Catat Ulasan