followers

busuk.org

Sabtu, 16 Jun 2012

Perlukah Untuk Menangis?

Menangis, semua orang pernah merasainya. ianya berkait rapat dengan kehidupan seseorang manusia, malah menangis juga adalah sifat dan fitrah semulajadi yang ada pada setiap manusia. tangisan juga adalah perkara yang dibawa oleh emosi dan sesuatu yang melibatkan sentuhan pada jiwa dan perasaan.

Dalam perkara ini tentu semua orang tahu bahawa sifat semulajadi ini secara langsung melibatkan airmata. ye la..manada orang menangis tanpa airmata..betul tak? tetapi tahu ka korang bahawa dalam diri setiap manusia ada tiga jenis airmata? tiga jenis ?? ..ya tiga jenis..

1. Airmata basal
- ianya berfungsi untuk melembabkan mata dan menghalang kemasukan debu dan beberapa kandungan yang terdapat didalamnya juga mampu melawan jangkitan bakteria sebagai sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh.

2. Airmata refleks
- disebabkan tindakbalas kepada sesuatu yang memedihkan seperti habuk,debu atau ketika memotong bawang.

3. Airmata emosi
- disebabkan tindakbalas tubuh kepada sesuatu yang menyentuh emosi seperti kesedihan,stress atau kemurungan. tetapi perasaan gembira juga boleh membuatkan seseorang itu mengalirkan airmata.

Ramai beranggapan bahawa menangis itu lebih sesuai kepada kaum wanita sahaja. alasannya, kerana wanita punya sifat yang lemah selain faktor fizikal. lelaki pula jika dilihat menangis,maka akan dianggap 'lembik','lemah macam perempuan' dan macam-macam lagi la tanggapan. tetapi sebenarnya tanggapan ini adalah salah dan kurang tepat. lelaki juga boleh menangis..kerana menurut kajian,  tangisan yang berlaku kerana emosi mengandungi tahap mangan (sejenis mineral yang boleh menjejaskan mood) dan hormon prolaktin yang tinggi. Ini menyumbang kepada pengurangan kedua-duanya di dalam badan dan membantu untuk melepaskan tekanan.

Sistem saraf merangsang kranial di otak dan terus menghantar isyarat kepada penghantar saraf ke kelenjar air mata. Kelenjar air mata yang terbesar, kelenjar lacrimal menghasilkan air mata yang disebabkan sentuhan emosi dan refleks.

Ramai yang percaya dalam masa tertekan, badan bergantung kepada kelenjar ini untuk melepaskan jumlah kimia dan hormon berlebihan supaya kembali kepada keadaan stabil.
jadi, perlukah untuk menangis ? lu pikir la sendiri !


p/s menangislah kerana takutkan Allah... :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

3 ulasan:

kipas koyak berkata...

lelaki akan menangis pada masanya..untunglaa kalau dapat tengok lelaki menangis....

Dkna Abza berkata...

tapi ramai yang menangis sebab putus cinta hahaaaa

Unknown berkata...

owh yeke nanges sal cinta?hehe