followers

busuk.org

Jumaat, 15 Jun 2012

Anak Kelantan Terpilih Berlatih Di Barcelona


As'salam



Rahmat Che Hashim, anak jati kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, bertuah kerana terpilih untuk berlatih di bawah bimbingan pemain legenda Barcelona Pep Guardiola di akademi belia kelab tersohor itu, La Masia.

Rahmat, 24, bersama tiga orang lagi pemain dari Asia Tenggara, masing-masing dari Indonesia, Singapura dan Thailand adalah antara 100 pemain dari 55 buah negara yang akan menjalani latihan insentif bersama kelab gergasi Sepanyol itu pada Ogos ini.

Mereka terpilih melalui kejohanan The Chance Global Finals, yang diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini. Rahmat pada mulanya hanya dipanggil untuk menggantikan tempat salah seorang pemain dari Malaysia, Mohd Raphi Azizan, 16, yang dipanggil menyertai skuad Harimau Muda untuk sesi percubaan. namun siapa sangka beliau akhirnya muncul antara yang terbaik dalam pertandingan peringkat serantau itu di Jakarta.

The Chance bertujuan memberi peluang sekali seumur hidup kepada pemain muda bola sepak untuk mencapai cita-cita mereka dan berada di laluan ke arah menjadi pemain bola sepak profesional.

Tahniah buat Rahmat Che Hashim !

Sumber: Sinar Harian


4 ulasan:

Dkna Abza berkata...

gomo klate gomo..heheee

Unknown berkata...

wah mentang2 dia dak klate hehehe...

Korn Ahmad berkata...

Fuhh.. hebat seyh.. berlatih kat barca bukan senang nak dapat peluang cenggi even x dapat join club sane, dpt berlatih pon da bagussss

Unknown berkata...

memang hebat der hehe