followers

busuk.org

Jumaat, 22 Jun 2012

Lembaga panjat belakang pelajar, 22 histeria!

As'salam..

Sebuah sekolah menengah di Pokok Sena semalam gempar apabila 22 orang pelajar perempuannya di serang Histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin. Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.

Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.

Sebelum itu, seorang pelajar disitu mendakwa melihat satu lembaga aneh memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang sekolah berkenaan.

“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya.

Sumber: SH


3 ulasan:

Wawa Rosli berkata...

aduh..macam2 cerita pasal histeria nie..tahun lepas pon, dah banyak keluar citer histeria nie..sblm blan pose plak tue...hmmm...tahun nie pon dah jdi balik...hantu2 tue tak letih ker???hehe

Kotak Mancis berkata...

haissh... sebelom2 ni selalu gak dengaq bnyak jadi kat sekolah langgar... tahun nie sekolah pokok sena pulak... ada orang ganggu makhluk2 tu kot???

Unknown berkata...

makin menjadi2 hal mcm ni kan?