followers

busuk.org

Sabtu, 23 Jun 2012

Pemain No1 Dunia Kini Milik Lin Dan

As'salam



Pemain badminton tersohor dari China, Lin Dan, kini telah merampas kembali status sebagai pemain No1 dunia daripada jaguh badminton negara,Datuk Lee Chong Wei.

Mengikut ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain yang mendapat jolokan 'superlin' itu merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Chong Wei dengan mengumpul 93,313.4114 mata.

Manakala Chong Wei jatuh ke tangga kedua dengan 91,898.7300 mata. Tempat ketiga dan keempat dikuasai dua pemain China iaitu Cheng Long dan Chen Jin, masing-masing mengumpul 82,460.3161 dan 71,292.9100 mata

Sementara itu, kehilangan status Chong Wei sebagai pemain No1 dunia telah dijangkakan berikutan kegagalannya menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lepas serta gagal menamatkan cabaran pada Piala Thomas lalu.

Untuk rekod, Chong Wei memegang kedudukan pertama ranking dunia itu selama tiga tahun 11 bulan bermula 20 Ogos, 2008 iaitu empat hari selepas beliau tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008.


Tiada ulasan: