followers

busuk.org

Khamis, 14 Jun 2012

Leka Selamatkan Harta,Isteri Dan Dua Cucu Rentung

As'salam



Inilah padahnya bila harta lebih penting dari nyawa, seorang pemilik kedai runcit,  Tahir Sabar, 57, menyesal tak sudah kerana leka menyelamatkan harta bendanya tanpa menyedari bahawa isteri serta dua orang cucunya telah mati rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Rembus, Samarahan, Sarawak.

Lebih memilukan lagi mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui dalam keadaan berpelukan. Mangsa,  Uka Jenal, 54, dan dua cucunya, Kristino Ronaldo Reagan, 6, dan Roni Austin, 4, gagal menyelamatkan diri sebelum ditemui rentung di dalam sebuah bilik di aras atas rumah dua tingkat tersebut.

Ketika kejadian, ibu bapa kepada dua orang kanak-kanak itu keluar bekerja.

Sumber: Kosmo

1 ulasan:

Tinta Lana berkata...

Salam..

Allahuakhbar..kesiannya..mungkin bukan leka semata, tpi terkejut sangat agaknya smpai tak boleh fikir dengan baik..

Moga pakcik ni tabah hadapi masa akn dtg..