Bermula daripada satu permainan ringkas yang boleh dimuat turun ke telefon pintar dengan harga hanya 59 peni (RM2.50), kini Angry Bird mempunyai pengaruh yang sangat besar di seluruh pelosok dunia. sebut saja Angry Bird, pasti semua orang tahu.
Kerana popularitinya yang naik mendadak itu, kini sebuah taman tema Angry Bird dibuka di 'Negara kelahirannya' , Finland.
Terletak dalam Taman Hiburan Sarkanniemi, ia direka khusus sebagai lokasi hiburan keluarga dan kanak-kanak kecil, dengan memiliki 12 permainan tunggangan, beberapa permainan berbentuk cabaran dan juga stesen menjual makanan.
Sebelum ini, sebuah Taman Tema Angry Bird telah dilancarkan di China, September lalu, namun ia tidak memiliki lesen daripada pemiliknya.
Fakta menarik:
-Angry Bird dibangunkan oleh syarikat permainan Finland, Rovio Entertainment.
- Perdana Menteri Britain, David Cameron merupakan salah seorang peminat Angry Bird-Angry Bird sudah dimuat turun lebih 700 juta kali sejak ia dilancarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan