As'salam
Urus niaga sperma dan ovum kini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia kerana harganya yang tinggi di pasaran antarabangsa. Dan dipercayai, ia turut dilakukan oleh rakyat negara ini.
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.
Dipercayai harga pada sebotol air mani lelaki boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol di pasaran antarabangsa, manakala ovum wanita pula pernah dijual pada harga RM100,000.
tetapi semua ini bergantung kepada latar belakang,etnik serta tahap kesihatan seseorang penderma.
Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia termasuklah dari Malaysia. puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.
Hakikatnya isu ini belum ada kesudahannya kerana tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.
Sumber: Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan