followers

busuk.org

Isnin, 28 Mei 2012

Gempar! Lembaga Wanita Dalam Kereta Sinar Harian

As'salam




Imej lembaga wanita berambut panjang yang berjaya dirakam

KULIM- Wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan mengalami peristiwa seram dan menakutkan apabila mereka 'diganggu' ketika melalui jalan Bukit Lengkok dengan sebuah Perodua Kancil Sinar Harian kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, kesemua mereka mendakwa ternampak sebuah batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan namun masing-masing hanya mendiamkan diri.

Namun keadaan mula cemas apabila seorang daripada rakan mereka menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.  “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit rakan mereka.

Bagaimanapun, anggota polis itu cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Dipercayai, gangguan di kawasan Jalan Bukit Lengkok memang sering terjadi dan ramai pengguna jalan itu 
menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. dan menurut seorang saksi, polis pernah menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan dihumban kedalam gaung berhampiran beberapa tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian


8 ulasan:

syiela berkata...

ngeri... risau la nak lalu situ lepas ni...

Nour Adieb berkata...

Kalo sy yg kena camtu,ndataw lah maw pa.Kalo kuat semangat,mang baca ayat2 suci :)

Unknown berkata...

syaitan takkan bhenti menyesatkan umat manusia..

Izwa Kamaruddin berkata...

ya allah..serammmmm....

mama lynn berkata...

br blk dr kulim pg td.. x tahu sgt area tempat ni

Unknown berkata...

len kali ati2 ye lynn

Pecinta pink^^ berkata...

errr...seram je:(

Cikpijaaa berkata...

errr~ serammmm >.<