followers

busuk.org

Jumaat, 9 Mac 2012

Aaron Aziz Jadi Pakar Cinta


Salam..


Aktor Aaron Aziz kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.
Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.
Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.
Aaron akan bersiaran pada setiap hari minggu selama sejam, 9-10 malam. Jadi, kepada mereka yang mempunyai masalah cinta,korang bolehlah menghubungi beliau untuk meluahkan masalah cinta korang hehehe...

2 ulasan:

Shamir Idham berkata...

Semua artis nak masuk kepelbagaian bidang kannn~~ hemmmm

M@W@R Q@SeH berkata...

ehh ye ke...murah btul rezeki dia ni