followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label orang minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang minyak. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2012

Orang Minyak Masuk Botol


GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Rabu, 28 Disember 2011

Gempar! Orang minyak mengganas

Gambar Hiasan

Salam..
Orang minyak mengganas lagi??!!
Gua ingat cerita ni hanya dongeng semata-mata, Rupanya kisah orang minyak ini benar-benar terjadi.
hmmmmmmmmm.............macam-macam hal.
Terbaru di Kampung Laksamana, Gombak.
Sebuah keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka apabila tidak tahan dengan gangguan orang minyak.
kejadian itu berlaku selama lima hari berturut-turut, Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja. Demikian kata seorang mangsa, Kamal Bahari Satar,36.
Menurutnya, Adik iparnya turut menjadi mangsa dan mengalami trauma akibat di calit minyak hitam oleh makhluk tersebut, Dan terpaksa dibawa menjalani rawatan pemulihan selepas dikatakan diganggu oleh bisikan suara yang selalu memanggilnya keluar. 
Menurutnya lagi, kemuncak kejadian itu berlaku pada awal pagi sabtu lalu apabila orang minyak itu bertindak mengunci pintu dari dalam ketika ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya. 

Turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki di luar rumah yang ditemui oleh
anggota polis ketika melakukan pemeriksaan.

p/s minyak kelapa dara banyak khasiatnya..