followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label ikan pirana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan pirana. Papar semua catatan

Ahad, 15 Julai 2012

China tawar RM509 tangkap Pirana


As'salam


Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan pirana yang ditangkap sama ada hidup atau mati.

Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies pirana Amerika Selatan ketika sedang mengayuh sampan.

Minggu lalu, seorang lelaki diserang ikan tersebut ketika sedang memandikan anjingnya ditepi sungai berkenaan.

Sumber: Kosmo

Rabu, 11 Julai 2012

Serangan pirana di China


As'salam


Seorang lelaki diserang seekor ikan pirana ketika sedang memandikan anjingnya di tepi sungai Liujiang,
Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang  di selatan China.
 
Mangsa, Zhang Kaibo,31, mengalami luka yang serius pada bahagian tangannya akibat serangan itu, beliau juga sempat menangkap ikan itu dan membawanya pulang ke rumah tanpa menyedari ia adalah spesis ikan pemakan daging yang kebiasaannya terdapat di sungai Amerika Selatan. namun setelah mengamati dan melihat pada gigi ikan itu, beliau terkejut dan yakin ia adalah pirana !
Pihak berkuasa tempatan percaya kewujudan pirana itu mempunyai hubung kait dengan kegiatan penyeludupan haiwan eksotik yang diharamkan di negara itu.

p/s  sungai belakang rumah terbiar....