followers

busuk.org

Selasa, 9 September 2014

pentingnya timeline cover pada fb page



Assalam para pembaca yang budiman..
cewah ayattt.....

Gua nak tanya.., anda pernah tak berniaga tetapi tak tahu cara bagaimana nak promot produk ? bagaimana nak tarik pelanggan.. mustahil bukan??
takkan nak jual produk tapi tak tahu plak nak promot..yela sekarang ni banyak platform atau laman-laman sosial untuk mempromosikan sesuatu produk yang hendak dijual..ada macam-macam cara untuk buat promosi..selain blog,twitter,instagram,facebook atau sebagainya banyak lagi cara untuk anda buat promo. Namun dalam banyak-banyak pilihan, facebook adalah menjadi pilihan utama ramai peniaga atau orang perseorangan untuk memasarkan produk mereka atau promosi apa saja.

ini kerana di facebook ada disediakan page khas untuk mempromosikan sesuatu produk yang hendak dijual kepada pelanggan malah bukan tertumpu pada perniagaan saja..kita boleh mempromosikan apa juga yang hendak kita ketengahkan untuk diperkenalkan kepada umum. maka melalui 'page' inilah dilihat sebagai pilihan 'terbaik'.

tapi tahukah anda untuk mempromosikan sesuatu khususnya melalui 'fb page' bukanlah perkara yang mudah! untuk menarik perhatian umum, ianya tidak cukup dengan 'ayat-ayat power' saja.
So nak kena buat apa? Haaaa... meh rapat gua nak bagi tips yang amat mudah tetapi menarik! bagaimana?

Ya salah satu cara,,anda kena tahu dan kena ambil berat juga pasal pemilihan gambar atau grafik kat 'timeline cover' page anda.. selain pemilihan tajuk atau diskripsi yang sesuai kat page, gambar/grafik pada 'timeline' page itu juga memainkan peranan yang amat penting untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung atau 'liker' kat page anda. tak percaya? ok katakanlah anda ada page mengenai blog anda sendiri blog sukan sebagai contoh tetapi anda letak gambar kat timeline gambar hantu..gambar hantu kak limah (contoh) padan tak? sesuai tak? blog sukan tentulah nak fokus cerita pasal sukan takkan nak cerita pasal hantu kan?..hantu mana pandai bersukan ye dak? haaa...sebab itu la pemilihan gambar atau grafik pada sesuatu page kena diambil kira.. hehehe...



Gambar diatas ni sebagai contoh..gambar yang gua tempek kat timeline page gua tapi takla lawa manapun..tapi apa yang penting disitu gua cuba ketengahkan dan cuba sampaikan apa yang ada kat page yang gua buat. dan dalam gambar ni jugak kalau anda perasan cukup untuk memberikan mesej atau gambaran bahawa inilah fungsi dan tujuan gua buat page gua. Dari tajuk ke diskripsi dan seterusnya diri gua sendiri gua tonjolkan melalui satu gambar. menarik tak? mungkin anda boleh buat yang lebih kreatif dari ni sape tahu.. 

mungkin ada jugak yang faham tapi masih 'blur' dan tak tahu nak letak gambar apa yang sesuai nak letak kat sesuatu timeline.
harus diingat gambar timeline kat facebook utama (laman utama) anda tak sama dengan gambar timeline page tau.. maksud gua tentang pemilihan gambar. mungkin kat laman utama, kita boleh letak apa saja gambar yang kita rasa nak buat sebagai gambar timeline tetapi kat page kita kena benar-benar sesuaikan apa yang kita cuba ingin sampaikan.. bagi mereka yang menghadapi masalah dalam pemilihan gambar, anda tak perlu risau kalau iapun korang jenis yang tak kreatif dan tak tahu menahu pasal edit mengedit untuk 'create' gambar yang menarik. Gua sendiri bukanlah pandai manapun tapi sekurang-kurangnya gua berani mencuba. Orang kata "dimana ada kemahuan disitu ada highway" hehehe... untuk memudahkan lagi anda, gua bagi cadangan supaya anda cari kat google play aplikasi untuk mengedit gambar atau grafik..tapi kalau nak lebih 'power' gua cadangkan satu laman yang terbaik untuk mengatasi masalah anda. satu laman yang ohsem bagi gua untuk mereka-mereka yang utamakan kualiti dan ingin yang terbaik bagi page mereka sendiri.. Anda bolehlah rujuk ke sini

Oklah gua nampaknya dah mula menguap ni..mata pun dah berat.. So sampai jumpa lagi di lain entri.. selamat mencuba.



1 ulasan:

Blogger berkata...

As reported by Stanford Medical, It is really the one and ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh an average of 42 lbs lighter than us.

(And by the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they eat.)

P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

CLICK this link to discover if this quick quiz can help you find out your real weight loss potential