followers

busuk.org

Isnin, 9 Jun 2014

Tragedi Double Six terus dikenang




Assalam..

Rakyat negeri Sabah (negeri gua) khususnya dalam kala­ngan generasi muda perlu memahami peristiwa penting di sebalik Tragedi Double Six yang mengorbankan 11 nyawa termasuk enam pemimpin Sabah.

Setiausaha Agung Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin menegaskan bahawa tragedi nahas kapal terbang pesawat ringan GAF Nomad yang terhempas di Sembulan pada 6 Jun 1976 itu, mempunyai kaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia.

Enam pemimpin yang terkorban dalam tragedi itu ialah Tun Muhammad Fuad, Datuk Peter Mojuntin yang juga ayah kepada Donald, Datuk Chong Thien Vun, Datuk Salleh Sulong, Datuk Darius Binion dan Datuk Wahid Peter Andu.
Pesawat berkenaan dilaporkan bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menyambut Tengku Razaleigh Hamzah yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah ketika itu.

Mari kita imbas kembali tragedi menyayat hati itu dengan beberapa gambar dari keratan-keratan akhbar yang gua kongsikan untuk korang.










Sumber gambar: google


Tiada ulasan: