followers

busuk.org

Rabu, 4 Jun 2014

Kupu-kupu gergasi serang Kuantan?


Assalam..

Fenomena jutaan kupu-kupu yang 'menyerang' kuantan sejak minggu lalu terus menjadi perhatian banyak pihak, pelbagai andaian timbul dan menjadi tanda tanya kepada orang ramai termasuk pelancong.

kejadian itu disedari orang ramai ketika perlawanan bolasepak piala FA diantara Pahang bertemu JDT di stadium darul makmur minggu lalu. 




Menurut Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
 
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.
 
"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.



walaupun dikatakan serangga ini tidak beracun tetapi ianya tetap berbahaya kepada orang ramai kerana bulu pada kepaknya dikatakan boleh menganggu pernafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah.



4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mungkin ada 'amaran' yang kita enggan hendak ambil pengajaran...

Unknown berkata...

mungkin jgk :)
subhanallah

Hani Rahman berkata...

Masa kemangkatan Sultan Perak tempoh hari pun, ada terbaca banyak rama-rama kan ... Tapi tak pasti plak spesis yang sama ker tak ...

Unknown berkata...

rasanya rama-rama yang same kut