followers

busuk.org

Selasa, 3 Jun 2014

Hijab sampai pakai kain kafan?



Assalam..

“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu,” 

korang ingat lagi tak kenyataan kat atas ni? kenyataan yang mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman. 

Namun apa yang berlaku selepas itu, akhirnya beliau terbuka hati untuk berhijab. alhamdulillah..
selepas membuat  kenyataan itu dia mula terfikir untuk 'berubah' dan akhirnya kini Raja Azmi berhijab.. 



“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak?.

malah yang lebih menarik dia bertekad untuk kekal berhijab hingga akhir hayatnya

“Insya-ALLAH, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kafan,” katanya.

daripada cerita Raja Azmi ini ada banyak perkara yang kita boleh belajar..salah satunya kita jangan menganggap kesilapan seseorang itu adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila..manusia mana yang tak buat silap..sedangkan kita sendiri pernah buat silap..(cuba ingat kembali) betul tak?.

Allah sentiasa memberikan kita peluang dan jalan untuk menginsafi apa jua bentuk keterlanjuran kita samada dari segi kata-kata atau perlakuan..semuanya bersebab.
kadang-kadang, untuk nak jadi baik kita perlu melalui satu proses yang mana boleh membuatkan orang lain tak menyukai kita terlebih dahulu.. 
Allah maha kaya dan bijak dalam perancanganNya.. 




Tiada ulasan: