followers

busuk.org

Khamis, 2 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan bergu negara ke separuh akhir

As'salam..

Perkhabaran gembira dari kota London berterusan dari skuad badminton negara. selepas kejayaan pemain No2 dunia, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke suku akhir, kejayaan itu seolah-olah menjadi pembakar semangat kepada pasangan bergu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila turut sama menjejak kaki ke perlawanan separuh akhir selepas menundukkan pasangan dari Thailand,  Isara Bodin-Jongjit Maneepong 21-16, 21-18 dalam pertarungan suku akhir yang hanya mengambil masa 38 minit.

Dalam perlawanan separuh akhir nanti, pasangan Kien Keat-boon Heong akan bertemu pasangan sensasi dari China Cai Yun- Fu Haifeng manakal Chong Wei akan berdepan lawan dari India, P.Kasyap dalam suku akhir acara perseorangan yang dijangka akan berlangsung pada 12.01 awal pagi nanti.

Sama-samalah kita semarakkan semangat untuk menyokong kontinjen negara.. gua yakin sasaran emas boleh dicapai..Go Malaysia !!!

Topeng muka Chewbacca dilelong RM535,602

As'salam


Topeng muka untuk watak Chewbacca yang digunakan dalam filem Star Wars kini dijual pada harga AS$172,000 (RM535,602) dalam satu lelongan yang diadakan pada 28 Julai lalu di Los Angeles.

Manakala Kostum Superman yang dipakai aktor Christopher Reeve pada tahun 1978 turut dilelong pada harga AS$79,950 (RM248,975)

Sumber: Kosmo

p/s makin lama makin bernilai..

Ombak besar landa Manila akibat taufan Saola


As'salam


Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya Manila sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola. seramai 14 orang dilaporkan mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang itu. 

Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat.

Di negeri Sabah, kawasan pantai barat di negeri ini dilanda ribut petir serta angin kencang sejak beberapa hari lalu ekoran kejadian taufan yang membadai Filipina itu. 

Info: Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.

Sumber: Kosmo