followers

busuk.org

Rabu, 1 Ogos 2012

Panas ! Hafiz AF7 disaman RM200,194?


As'salam



KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus pentas mengemukakan saman ganti rugi sebanyak RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz AF atas dakwaan mencederakan wanita itu sehingga kehilangan mata pencariannya dalam satu kejadian pada tahun lalu.

Plaintif, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.

Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.

Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.

Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk.

-Kosmo

banyak kali da dengar cerita pasal budak hafiz ni...hai....tak habis-habis.. sebagai seorang artis disiplin kena jaga dik..kalau tak bungkuslah.. apa pun semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan mahkamah.

p/s dulu kes cepuk budak pasal adira..nta betul atau tidak..harap2 ia khabar angin je.. take care hafiz..

Buka Puasa Buffet Feast Cafe TATU @ Shangri La's Tanjung Aru Resort and Spa (koleksi gambar)


As'salam

Baru-baru ini gua n beberapa rakan lain telah menerima satu undangan khas untuk blogger sabah dalam satu majlis berbuka puasa di Cafe' TATU di Shangri-La Resort and Spa Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.

Alhamdulillah gua berbesar hati sangat dan rasa bertuah kerana diundang dalam majlis tersebut dan rasanya ini adalah penghargaan buat gua sejak bergelar sebagai seorang blogger.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Mrs Samantha Siow, Director of Communications @ 
Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa. dan Miss Angeline Ong kerana sudi mengundang gua dan juga rakan yang lain.

So, bagi korang yang belum pernah bertandang ke Cafe Tatu ini, gua cadangkan korang bolehlah pergi ke tempat ini khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menikmati buffet ramadan disini.

Jom review juadah buffet Ramadan @ Tatu Cafe


























"selamat menjamu selera"

p/s banyak lagi juadah sebenarnya tapi betri kong hehehe..ni je la yg sempat