followers

busuk.org

Ahad, 15 Julai 2012

China tawar RM509 tangkap Pirana


As'salam


Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan pirana yang ditangkap sama ada hidup atau mati.

Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies pirana Amerika Selatan ketika sedang mengayuh sampan.

Minggu lalu, seorang lelaki diserang ikan tersebut ketika sedang memandikan anjingnya ditepi sungai berkenaan.

Sumber: Kosmo

SUKMA: Skuad bolasepak Sabah cipta sejarah!

As'salam..

Alhamdulillah...debaran akhirnya berakhir dengan kejayaan ! Sabah cipta sejarah !
Skuad bolasepak sukma negeri sabah akhirnya muncul juara dan memenangi pingat emas acara bolasepak Sukan Malaysia (SUKMA) buat kali pertama malam tadi di Stadium Darul Makmur, Pahang. Sabah muncul juara selepas menewaskan pasukan Perak 3 - 0 dalam masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0 - 0 pada 90 minit perlawanan..

Gol-gol Sabah menjelma pada separuh masa pertama (masa tambahan) menerusi Zulmanshah,Leopold Alfonso dan penyerang sensasi Harimau Muda, Amy @Mohd Rozaimi Abd Rahman

Ternyata kemenangan ini disambut penuh gembira oleh jutaan rakyat sabah kerana ini adalah kejayaan sulung pasukan Sabah memenangi 'ibu segala pingat' itu dan seterusnya mencipta sejarah tersendiri..
Tahniah Sabah Junior!!

p/s emas bola menyeberang laut china selatan...