followers

busuk.org

Sabtu, 23 Jun 2012

Ras Adiba Botakkan Kepala?


As'salam



Personaliti tv terkenal, Ras Adiba Mohd Radzi, mengambil keputusan drastik untuk membotakkan kepalanya.
kenapa? Ras Adiba nak jiwai watak dalam lakonan ke? sejak bila plak dia jadi pelakon?

Sebenarnya, Ras Adiba ada sebab tersendiri, dikhabarkan keputusan itu bertujuan untuk menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.

Menurutnya. dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.

p/s bagaimana plak dari segi hukum? 


Bunga Mayat Akhirnya Mekar Selepas Sembilan Tahun


As'salam



 Baunya tidak ubah seperti bau mayat yang sudah mereput,

 itulah tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum. Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau yang teramat busuk apabila mekar.

Gambar diatas adalah bunga mayat yang terdapat di sebuah taman botani di Copenhagen, Denmark.
dikatakan bunga itu telah mekar selepas sembilan tahun lalu dan mengejutkan beberapa pengunjung apabila ia mengeluarkan bau yang teramat busuk seperti bau mayat yang sudah mereput.



Pemain No1 Dunia Kini Milik Lin Dan

As'salam



Pemain badminton tersohor dari China, Lin Dan, kini telah merampas kembali status sebagai pemain No1 dunia daripada jaguh badminton negara,Datuk Lee Chong Wei.

Mengikut ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain yang mendapat jolokan 'superlin' itu merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Chong Wei dengan mengumpul 93,313.4114 mata.

Manakala Chong Wei jatuh ke tangga kedua dengan 91,898.7300 mata. Tempat ketiga dan keempat dikuasai dua pemain China iaitu Cheng Long dan Chen Jin, masing-masing mengumpul 82,460.3161 dan 71,292.9100 mata

Sementara itu, kehilangan status Chong Wei sebagai pemain No1 dunia telah dijangkakan berikutan kegagalannya menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lepas serta gagal menamatkan cabaran pada Piala Thomas lalu.

Untuk rekod, Chong Wei memegang kedudukan pertama ranking dunia itu selama tiga tahun 11 bulan bermula 20 Ogos, 2008 iaitu empat hari selepas beliau tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008.