followers

busuk.org

Khamis, 14 Jun 2012

Traffik Akusijebat Pada 13 June

As'salam





Saja nak kongsi-kongsi dengan korang..aktuli gua sendiri terkejut dengan traffik gua ni..
tak sangka plak dapat macam ni..almaklum saja la gua ni kan budak baru hehehe... kan best kalau tiap ari dapat traffik sebegini ramai..

Tapi kan,gua rasa gua dapat traffik macam ni disebabkan artikel merapu gua yang ni


anyway gua bagi kredit kat busuk.org dan blogr.my
yg jadikan artikel gua antara yang popular..
eh popular ke?hehehe

epi blogging semua :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Leka Selamatkan Harta,Isteri Dan Dua Cucu Rentung

As'salam



Inilah padahnya bila harta lebih penting dari nyawa, seorang pemilik kedai runcit,  Tahir Sabar, 57, menyesal tak sudah kerana leka menyelamatkan harta bendanya tanpa menyedari bahawa isteri serta dua orang cucunya telah mati rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Rembus, Samarahan, Sarawak.

Lebih memilukan lagi mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui dalam keadaan berpelukan. Mangsa,  Uka Jenal, 54, dan dua cucunya, Kristino Ronaldo Reagan, 6, dan Roni Austin, 4, gagal menyelamatkan diri sebelum ditemui rentung di dalam sebuah bilik di aras atas rumah dua tingkat tersebut.

Ketika kejadian, ibu bapa kepada dua orang kanak-kanak itu keluar bekerja.

Sumber: Kosmo

Lokasi Penemuan Tulang Gajah Purba Terus Jadi Tumpuan


As'salam



Kawasan perbandaran Manuel Doblado, Guanajuato, Mexico, terus menjadi tumpuan penduduk setempat dimana terletaknya lokasi penemuan tulang gergasi dan gading gajah purba yang ditemui baru-baru ini.

Tulang dan gading gajah purba yang dikenali sebagai Mammoth itu ditemui beberapa hari lalu di tebing sebatang sungai. Gajah purba itu dipercayai pupus di benua Amerika kira-kira 12,000 tahun lalu, dan dikatakan berat bagi gajah itu boleh mencecah sehingga lebih 12 tan.

Berikutan itu, pihak berkuasa majlis perbandaran disitu telah bertindak untuk menyita lokasi penemuan itu.
bagi membolehkan pakar-pakar Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan membuat kajian bagi mengesahkan sama ada ia ialah tinggalan gajah tersebut tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo