followers

busuk.org

Selasa, 12 Jun 2012

Bola Sepak Persahabatan: Malaysia Tewaskan Singapura 2-0

Aksi kedua perlawanan persahabatan diantara Malaysia lwn Singapura berakhir dengan kemenangan bagi pasukan kebangsaan kita. Skuad Harimau Malaya nyata tidak mensia-siakan peluang bermain di kandang sendiri selepas hanya seri 2-2 pada aksi pertama di Singapura tempoh hari.
anak buah Datuk K.Rajagopal bermula garang dengan pelbagai tekanan diberikan kepada pasukan pelawat sebaik wisel perlawanan dimulakan.

Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-18 apabila penyerang muda Harimau Malaya Ahmad Shakir Ali berjaya membuat tandukan cantik hasil umpanan Norsharul Idlan Talaha. permainan semakin rancak apabila pemain-pemain Harimau Malaya bertubi-tubi membuat asakan namun kedudukan tidak berubah sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia dilihat semakin garang dan menguasai permainan. gol kedua menjelma pada minit ke-61 sumbangan kapten kebangsaan, Mohd Shafiq Rahim melalui sepakan percumanya yang nyata terus menjadi igauan buruk buat Singapura. namun selepas itu 'mood' perlawanan sedikit berubah menjadi agresif apabila berlaku banyak kekasaran, akibatnya seorang pemain pelawat mendapat kad merah.

Kesimpulannya perlawanan malam ini memang menarik,lebih manis lagi kerana pasukan kebangsaan kita menang bergaya! Tahniah Malaysia ! Tahniah Ultras Malaya !
Selamanya Harimau Malaya!

Surat Napoleon Dilelong


As'salam



Ditulis pada kertas bersaiz standard bersama cop diraja, Sepucuk surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Maharaja Perancis, Napoleon Bornaparte dilelong pada harga AS$405,000 (RM1.29 juta) pada satu lelongan.

surat tersebut merupakan latihan kerja rumah yang dihantar oleh Napoleon kepada seorang guru bahasa Inggeris pada tahun 1816.

Menurut firma lelongan Osenat, Napoleon menulis surat itu semasa menjadi tahanan di Pulau Saint Helena selepas kalah dalam perang Waterloo.

Napoleon mati ketika hidup dalam buangan di pulau tersebut pada 5 Mei 1821 semasa berusia 52 tahun.

Kredit: Kosmo


Osman Kering Tenat Di HUKM

As'salam

Berita tentang kematian pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering telah tersebar luas sehingga ramai di kalangan sanak saudara,rakan artis dan peminat terkejut serta mengucapkan takziah atas pemergian beliau.
namun berita sahih yang baru diterima, saudara Osman tidak meninggal seperti yang dilaporkan tetapi beliau kini sedang tenat di Unit Kawalan Rapi, (ICU) HUKM.

Perkara ini disahkan sendiri oleh anaknya Mohd Al Amin, namun berita kematian itu bukanlah fitnah dari pihak tertentu, cuma sedikit salah faham daripada anak beliau yang kemungkinan panik.

Osman, telah rebah kira-kira pukul 6 petang isnin dirumahnya selepas mengalami batuk berdarah. kemudian disahkan meninggal oleh Mohd Al Amin sekitar pukul 6.45 petang, namun setelah diperiksa kali kedua oleh adik perempuannya, Nur Ain, 25, yang juga bekerja dalam bidang perubatan, ayah mereka didapati masih hidup, kemudian mereka bergegas membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

p/s mari kita sama-sama mendoakan semoga kesihatan saudara Osman kembali pulih dan sembuh seperti sediakala. amin.