As'salam
Berita tentang kematian pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering telah tersebar luas sehingga ramai di kalangan sanak saudara,rakan artis dan peminat terkejut serta mengucapkan takziah atas pemergian beliau.
namun berita sahih yang baru diterima, saudara Osman tidak meninggal seperti yang dilaporkan tetapi beliau kini sedang tenat di Unit Kawalan Rapi, (ICU) HUKM.
Perkara ini disahkan sendiri oleh anaknya Mohd Al Amin, namun berita kematian itu bukanlah fitnah dari pihak tertentu, cuma sedikit salah faham daripada anak beliau yang kemungkinan panik.
Osman, telah rebah kira-kira pukul 6 petang isnin dirumahnya selepas mengalami batuk berdarah. kemudian disahkan meninggal oleh Mohd Al Amin sekitar pukul 6.45 petang, namun setelah diperiksa kali kedua oleh adik perempuannya, Nur Ain, 25, yang juga bekerja dalam bidang perubatan, ayah mereka didapati masih hidup, kemudian mereka bergegas membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
p/s mari kita sama-sama mendoakan semoga kesihatan saudara Osman kembali pulih dan sembuh seperti sediakala. amin.
2 ulasan:
sekarang byk sangat fitnah tentang kematian artis.. orang tu sdg tenat blh ckp dh meninggal..bukan nak doakan cepat sembuh..
semoga beliau sihat seperti sediakala..
Catat Ulasan