followers

busuk.org

Selasa, 12 Jun 2012

Bola Sepak Persahabatan: Malaysia Tewaskan Singapura 2-0

Aksi kedua perlawanan persahabatan diantara Malaysia lwn Singapura berakhir dengan kemenangan bagi pasukan kebangsaan kita. Skuad Harimau Malaya nyata tidak mensia-siakan peluang bermain di kandang sendiri selepas hanya seri 2-2 pada aksi pertama di Singapura tempoh hari.
anak buah Datuk K.Rajagopal bermula garang dengan pelbagai tekanan diberikan kepada pasukan pelawat sebaik wisel perlawanan dimulakan.

Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-18 apabila penyerang muda Harimau Malaya Ahmad Shakir Ali berjaya membuat tandukan cantik hasil umpanan Norsharul Idlan Talaha. permainan semakin rancak apabila pemain-pemain Harimau Malaya bertubi-tubi membuat asakan namun kedudukan tidak berubah sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia dilihat semakin garang dan menguasai permainan. gol kedua menjelma pada minit ke-61 sumbangan kapten kebangsaan, Mohd Shafiq Rahim melalui sepakan percumanya yang nyata terus menjadi igauan buruk buat Singapura. namun selepas itu 'mood' perlawanan sedikit berubah menjadi agresif apabila berlaku banyak kekasaran, akibatnya seorang pemain pelawat mendapat kad merah.

Kesimpulannya perlawanan malam ini memang menarik,lebih manis lagi kerana pasukan kebangsaan kita menang bergaya! Tahniah Malaysia ! Tahniah Ultras Malaya !
Selamanya Harimau Malaya!

1 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah buat harimau malaya..semoga lebih maju lagi..